SEMUA KEMPEN

WAKAF PENAPIS AIR

Wakaf Penapis Air ialah satu projek untuk menyumbang penapis air dalam kawasan UniSZA untuk kegunaan pelajar, staf dan orang ramai. Setiap penapis air akan diletakkan di kawasan yang bersesuaian di setiap fakulti, Pusat Tanggungjawab (PTj), kolej kediaman, hospital dan fasiliti awam yang lain dan sebagaimana yang dikehendaki oleh penyumbang.

WAKAF DOBI PELAJAR

Wakaf Dobi ialah projek untuk menyediakan kemudahan dobi di sekitar asrama pelajar. Projek ini akan diuruskan oleh Koperasi Mahasiswa Pelajar.

INFAQ BIASISWA PENGAJIAN

Infaq Biasiswa Pengajian ialah projek yang diwujudkan untuk mengumpul dana bagi membiayai segala keperluan untuk pengajian pelajar. Setiap pelajar memerlukan perbelanjaan di antara RM30 000 hingga RM50 000 sepanjang pengajian.

INFAQ MAKANAN MAHASISWA

Infak Makanan Mahasiswa adalah projek untuk mengumpulkan dana bagi menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa. Dalam masa yang sama, semua sumbangan ini dapat menggalakkan dan merancakkan jualan operator penyediaan makanan di sekitar kampus.

INFAQ BANTUAN KOMPUTER RIBA

Infaq Komputer Riba merupakan projek untuk mengumpulkan sumbangan dana. Komputer riba akan disumbangkan kepada pelajar yang terpilih seperti golongan B40 dan pelajar yang berkeperluan khas.

INFAQ RAMADAN 

Infaq Ramadan merupakan projek untuk mengumpulkan dana bagi menyediakan juadah berbuka kepada para pelajar. Untuk menjalankan projek ini, Pejabat Wakaf dan Endowmen akan bekerjasama dengan operator makanan untuk menyediakan juadah makanan tersebut.

INFAQ TUNAI SARA HIDUP PELAJAR

Infaq Tunai Sara Hidup Pelajar ialah projek yang bertujuan untuk menyediakan tabung derma siswa bagi pelajar yang berkeperluan. Setiap pelajar layak menerima wang tunai sebanyak RM400 sebulan.

KEMPEN TABUNG ENDOWMEN LESTARI UNISZA

Kempen Tabung Endowmen Lestari UniSZA adalah dana yang dikumpulkan dan digunakan untuk kepentingan umum atau mengikut kehendak penyumbang dana.