Jawatankuasa di Pejabat WAKAF
WAKAF UniSZA berperanan melaksanakan segala keputusan yang telah dimandatkan. Keputusan tersebut ditetapkan melalui beberapa jawatankuasa berkaitan berdasarkan bidang kuasa, mandat dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan.
Antaranya:
- Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (JDWU)
- Jawatankuasa Pelaburan Dana Wakaf UniSZA (JPDWU)
- Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA (JAWAZ)

Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (JDWU)
Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (JDWU) ditubuhkan hasil Perjanjian Usaha Sama Wakaf MAIDAM-UniSZA. JDWU bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju Projek Wakaf serta memainkan peranan memastikan Projek Wakaf yang dikenal pasti dilaksanakan mengikut keperluan dan objektif yang ditetapkan.
Keanggotaan bagi JDWU adalah sebagaimana yang berikut:
1. YDP MAIDAM sebagai Pengerusi;
- Naib Canselor UniSZA sebagai Pengerusi Bersama;
- Dua (2) orang wakil Ahli Lembaga Pengarah UniSZA;
- Seorang wakil Ahli MAIDAM;
- Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM;
- Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal) MAIDAM;
- Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM;
- Pegawai Wakaf MAIDAM;
- Dua (2) orang wakil UniSZA yang mempunyai kepakaran berkaitan;
- Dua (2) orang daripada mana-mana sektor korporat yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu JDWU;
- Bendahari UniSZA (bertindak sebagai ex-officio);
- Penasihat Undang-undang UniSZA (bertindak sebagai ex-officio);
- Penolong Kanan Setiausaha (Kewangan) MAIDAM (bertindak sebagai ex-officio);
- Pegawai Undang-Undang MAIDAM (bertindak sebagai ex-officio); dan
- Pengarah Pejabat WAKAF – Setiausaha.

Jawatankuasa Pelaburan Dana Wakaf UniSZA (JPDWU)
Jawatankuasa Pelaburan Dana Wakaf UniSZA yang bertanggungjawab dalam menentukan pengurusan pelaburan yang cekap bagi memastikan harta dan dana wakaf dilindungi dan kepentingan penerima manfaat terpelihara.
Keanggotaan bagi JPDWU adalah sebagaimana yang berikut:
- Ahli Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (wakil sektor korporat)
- Pengarah WAKAF sebagai setiausaha
- Timbalan Bendahari
- Empat (4) ahli yang mempunyai kepakaran berkaitan

Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA (JAWAZ)

Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat (JAWAZ) UniSZA berperanan meluluskan sebarang bentuk agihan ke atas janaan hasil wakaf, wakalah zakat, derma dan endowmen.
Keanggotaan bagi JAWAZ adalah sebagaimana yang berikut:
1. Naib Canselor UniSZA sebagai pengerusi
- Pengarah WAKAF sebagai setiausaha
- Ahli LPU
- Timbalan Bendahari
- Ketua Pentadbir HEPA
- Wakil Pusat pengurusan kecemerlangan dan inkubator penyelidikan (CREIM)
- Wakil Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
- Wakil Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
- Empat (4) ahli yang mempunyai kepakaran hukum Syariah
- Seorang (1) ahli yang mempunyai kepakaran perundangan
