Infaq Ramadan
INFAQ RAMADAN 1444H
26 Mac 2023
Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA telah mengadakan satu program Agihan Makanan berbuka puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 418 bungkus makanan dan air mineral telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA yang bertempat di Foyer Asrama Pelajar. Pejabat Wakaf dan Endowmen juga masih membuka lagi ruang sumbangan untuk Kempen Infaq Ramadan ini dan mana – mana individu yang berminat untuk menyumbang sangat dialu-alukan.
Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus berjaya dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.
Sirap laici dan juga longan,
Minum Bersama gurau senda,
Infaq Ramadan kami agihkan,
Moga manfaat buat semua
INFAQ RAMADAN 1445H
1 APRIL 2024 | 21 RAMADAN 1445H
Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah mengadakan satu program Agihan Makanan berbuka puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 360 pek nasi ayam telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA. Lokasi agihan adalah bertempat di Foyer Asrama Pelajar.
Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus dijalankan setiap kali bulan Ramadan dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.