VISI
Menjadi peneraju pusat pengumpulan dan pengurusan dana filantropi Islam yang berprestasi tinggi, mampan dan berimpak kepada ummah.
MISI
Memperkasa pembangunan insan holistik menerusi penyaluran dana filantropi secara telus, lestari dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
OBJEKTIF PEJABAT WAKAF DAN ENDOWMEN
- Mengurus kutipan dana wakalah zakat, wakaf, sedekah, derma dan endowmen secara sistematik dan berintegriti.
- Mengurus agihan dana wakalah zakat, wakaf, sedekah, derma dan endowmen secara adil, telus dan berimpak.
- Menjadi urus setia kepada jawatankuasa berkaitan zakat, wakaf, sedekah, derma dan endowmen UniSZA.
- Membudayakan amalan filantropi dan kedermawanan dalam kalangan warga UniSZA serta masyarakat.
