Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Wakaf dan Endowmen , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-8198978
 

Alamat

Aras 2, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA (WAKAF UniSZA), yang sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Wakaf dan Infaq, telah ditubuhkan pada tahun 2016. Penubuhannya bertujuan mengurus dan memperkasa dana kebajikan merangkumi wakalah zakat, wakaf, infaq serta endowmen secara sistematik dan berkesan.

Zakat

WAKAF UniSZA diberi amanah menguruskan sumbangan wakalah zakat. Oleh kerana majoriti pelajar UniSZA adalah dalam kalangan golongan B40, dana ini amat diperlukan sebagai biasiswa penuh, bantuan sara hidup dan bantuan komputer riba agar tiada pelajar yang tercicir. Ini penting bagi meningkatkan tahap keyakinan diri dan motivasi dalam kalangan pelajar.

    Wakaf

    WAKAF UniSZA melalui Perjanjian Usahasama dengan MAIDAM telah diberi kebenaran untuk mengumpul dana wakaf tunai bagi tujuan kesejahteraan warga universiti. Antara inisiatif projek berasaskan wakaf yang dijalankan adalah pembangunan asrama, penyediaan perkhidmatan dobi, dan pemasangan penapis air

      Derma

      WAKAF UniSZA turut membangunkan platform Infaq UniSZA sebagai medium pendanaan awam bagi menyokong pelbagai aktiviti kebajikan, sama ada melalui penganjuran program mahupun penyaluran bantuan kepada pelajar. Setiap kempen dilaksanakan oleh entiti yang bernaung di bawah UniSZA dengan menitikberatkan aspek ketelusan serta pendekatan pengumpulan dana yang kreatif dan berkesan

        Endowmen

        Untuk kelestarian aktiviti penyelidikan di UniSZA, WAKAF UniSZA turut menguruskan dana endowmen yang dikhususkan untuk penyelidikan. Dana endowmen ini penting memastikan aktiviti penyelidikan mendapat dana yang mencukupi untuk memastikan hasilnya berimpak

          INGIN TAHU LEBIH LANJUT WAKAF KITA

          Selain menguruskan dana, WAKAF UniSZA turut aktif memainkan peranan memberi ilmu, info dan maklumat berkaitan aktiviti filantropi, juga mengadakan program bersama warga UniSZA.

          Program WAKAF

            Info Grafik

              Pemakluman

                ILMU DEMI FAEDAH INSAN

                LinkedIn Wakaf UniSZA
                LinkedIn

                Ikuti kami di LinkedIn untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan wakaf, infaq dan aktiviti UniSZA.

                Follow LinkedIn

                Hubungi Kami

                Pejabat Wakaf dan Endowmen
                Universiti Sultan Zainal Abidin
                Kampus Gong Badak
                21300 Kuala Nerus
                Terengganu Darul Iman

                 09-8198978

                Lokasi