Infaq Bantuan Komputer Riba

1 Februari 2023
 
Majlis Penyerahan Komputer Riba Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023, bertempat di Pejabat Naib Canselor, Kampus Gong Badak. Seramai 24 orang pelajar dari 11 fakulti di UniSZA telah terpilih untuk menerima komputer riba jenama Asus melalui sumber janaan hasil Wakaf dan Infaq dari Syarikat Leos Technology. Penyerahan komputer riba tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam. Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Encik Muzafar Mohd Din, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Dr. Ahmad Faizol Ismail dan Pengarah Urusan Syarikat Lieos Sdn Bhd, Encik Azli Abdul Aziz.
 

dccd

 

14 Mei 2023 

Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar UniSZA, bertempat di Atrium Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak. Seramai 47 orang pelajar dari 9 fakulti di UniSZA telah terpilih untuk menerima komputer riba jenama LENOVO melalui sumbangan zakat Etiqa Family Takaful Berhad. Penyerahan komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa merangkap Dato' Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dr. Mohamad Sabri bin Haron dan Pengarah Agensi Wilayah Pantai Timur, Puan Salina binti Baharudin. Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Ts. Dr. Shahrul Anuwar bin Mohamed Yusof, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Dr. Ahmad Faizol bin Ismail dan Pengurus Pembangunan  Agensi Cawangan Kuala Terengganu, Encik Zaidi bin Mohd Isa. 

2Hk0ZOhZNg9RYqinI33mV1HLMTBo01ecfPbeCNiz

 

20 Ogos 2023
 
Seramai tujuh pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sesi akademik 2023/2024 menerima sumbangan komputer riba dari Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA . Komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPA, hari ini. Pelajar yang menerima sumbangan ini adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan. 

Untitled design