Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Wakaf dan Endowmen , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8957

Alamat

Aras 2, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Infaq Ramadan

INFAQ RAMADAN 1444H

26 Mac 2023

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA telah mengadakan satu program Agihan Makanan berbuka puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 418 bungkus makanan dan air mineral telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA yang bertempat di Foyer Asrama Pelajar. Pejabat Wakaf dan Endowmen juga masih membuka lagi ruang sumbangan untuk Kempen Infaq Ramadan ini dan mana – mana individu yang berminat untuk menyumbang sangat dialu-alukan.

Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus berjaya dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.

Sirap laici dan juga longan,
Minum Bersama gurau senda,
Infaq Ramadan kami agihkan,
Moga manfaat buat semua

Infaq Ramadan compressed page 0001

INFAQ RAMADAN 1445H

1 APRIL 2024 | 21 RAMADAN 1445H

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah mengadakan satu program Agihan Makanan berbuka puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 360 pek nasi ayam  telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA. Lokasi agihan adalah bertempat di Foyer Asrama Pelajar. 

Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus dijalankan setiap kali bulan Ramadan dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.

 

16 MAC 2025 | 15 RAMADAN 1446H

 Program Infaq Ramadan Satu Infaq, Sejuta Rahmat 1446H merupakan kerjasama antara Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA. Kempen infaq Ramadan ini telah berlangsung selama 12 hari, di mana sebanyak 350 pek nasi ayam dan air mineral berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA. Agihan dilakukan di tiga lokasi utama, iaitu Foyer Asrama Pelajar Kampus Gong Badak, Kampus Kota, dan Kampus Besut

Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus dijalankan setiap kali bulan Ramadan dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat. 

Hubungi Kami

Pejabat Wakaf dan Endowmen
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8957
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi