Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Wakaf dan Endowmen , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8957

Alamat

Aras 2, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Wakaf

DEFINISI WAKAF                                                              icon maklumat lanjut

Dalam bahasa arab, wakaf bermaksud "menahan", "tegah" atau berhenti.

Apabila seorang berkata "Saya mewakafkan sesuatu" ianya bermaksud "Saya menahannya". Dengan kata lain, "pembekuan" hak milik bagi faedah tertentu. "Berhenti" pula bermaksud "Pemilikannya terhenti dengan menyerahkan secara keseluruhannya kepada Allah SWT. 

Wakaf juga adalah :

a) Menyerahkan hak milik apa sahaja harta yang boleh menikmati manfaat, faedah atau kepentingannya;

b) Menyerahkan manfaat, faedah atau kepentingan yang boleh dinikmati daripada apa sahaja harta: atau

c) Menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau kepentingannya; 

sebagai jalan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.  

 

JENIS WAKAF

Wakaf dibahagikan kepada

a) Wakaf am, iaitu apa sahaja harta (selepas ini disebut mawquf) yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut hukum syarak;

b) Wakaf khas, iaitu apa sahaja mawquf yang diwujudkan bagi satu tujuan yang khusus menurut hukum syarak

 

RUKUN WAKAF

Para Fuqaha membahagikan rukun wakaf kepada 4 bahagian :

  1. Pewakaf (Waqif)
  2. Harta yang diwakafkan (Mawquf)
  3. Penerima manfaat harta wakaf (Mawquf'alaih)
  4. Penyataan hasrat wakaf (Sighah/Hujjah wakaf)

 

PRINSIP UTAMA KONSEP WAKAF

Majoriti ulama' Fiqh berpandangan :

  1. Muktamad - Proses pewakafan berkuatkuasa sebaik sahaja deklarasi dibuat oleh pewakaf.
  2. Keberkekalan - Harta yang ingin diwakafkan hendaklah bersifat kekal dan tahan lama. Contoh : Tanah dan rumah
  3. Tidak boleh dipindah milik - Harta yang diwakafkan tidak boleh dipindah milik dalam apa bentuk sekalipun, sama ada dijual, digadai, diwariskan @ dijadikan hibah oleh pewakaf, mutawalli mahupun penerimanya.

Dipetik daripada buku "Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan" terbitan JAWHAR

Hubungi Kami

Pejabat Wakaf dan Endowmen
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8957
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi