Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Wakaf dan Endowmen , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8957

Alamat

Aras 2, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Agihan 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN BIASISWA DAN KOMPUTER RIBA MAIDAM

31 MAC 2024| 20 RAMADAN 1445H

Majlis Penyampaian Biasiswa kepada 21 pelajar dan Bantuan Komputer Riba kepada 15 pelajar telah diadakan sempena Majlis Iftar Perdana UniSZA 2024. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato' Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang DiPertua MAIDAM disaksikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam selaku Naib Canselor UniSZA. Turut hadir, YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad (Ahli Lembaga Pengarah UniSZA), Prof Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), Ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab UniSZA. 

Semoga dengan sumbangan yang diberikan, pelajar dapat manfaatkan dengan sebaiknya. 

1 APRIL  2024 | 21 RAMADAN 1445H

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA telah mengadakan satu Program Agihan Makanan Berbuka Puasa sempena Kempen Infaq Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sebanyak 360 pek nasi ayam  telah berjaya diagihkan kepada pelajar UniSZA. Lokasi agihan adalah bertempat di Foyer Asrama Pelajar. 

Inisiatif ini adalah satu cara yang bermakna untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan meningkatkan semangat beramal dalam bulan Ramadan. Diharapkan program ini dapat terus dijalankan setiap kali bulan Ramadan dalam memberi manfaat kepada pelajar dan juga komuniti setempat.

Hubungi Kami

Pejabat Wakaf dan Endowmen
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8957
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi