Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Wakaf dan Endowmen , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8957

Alamat

Aras 2, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Majlis Penyerahan Komputer Riba

1 Februari 2023
 
Majlis Penyerahan Komputer Riba Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023, bertempat di Pejabat Naib Canselor, Kampus Gong Badak. Seramai 24 orang pelajar dari 11 fakulti di UniSZA telah terpilih untuk menerima komputer riba jenama Asus melalui sumber janaan hasil Wakaf dan Infaq dari Syarikat Leos Technology. Penyerahan komputer riba tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam. Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Encik Muzafar Mohd Din, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Dr. Ahmad Faizol Ismail dan Pengarah Urusan Syarikat Lieos Sdn Bhd, Encik Azli Abdul Aziz.

 

laptop 2000

 

14 Mei 2023 

Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar UniSZA, bertempat di Atrium Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak. Seramai 47 orang pelajar dari 9 fakulti di UniSZA telah terpilih untuk menerima komputer riba jenama LENOVO melalui sumbangan zakat Etiqa Family Takaful Berhad. Penyerahan komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa merangkap Dato' Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dr. Mohamad Sabri bin Haron dan Pengarah Agensi Wilayah Pantai Timur, Puan Salina binti Baharudin. Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Ts. Dr. Shahrul Anuwar bin Mohamed Yusof, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Dr. Ahmad Faizol bin Ismail dan Pengurus Pembangunan  Agensi Cawangan Kuala Terengganu, Encik Zaidi bin Mohd Isa.

 

Green_natural_waterfall_photo_collage_800__800_px_1000__1000_px.jpg

 

23 Julai 2023

Majlis Penyerahan komputer riba daripada Celcom dan sumbangan wakalah zakat PTPTN kepada pelajar asnaf diadakan bersempena Majlis Perasmian Karnival Semarak Siswa Madani UniSZA. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Yusoff bin Muhamad  dan Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Bendahari, Encik Suhaili bin Mohd, Pendaftar, Encik Muzafar bin Mohd Din, Penasihat Undang-Undang, Encik Mohd Fuad bin Husaini, Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany.

Semoga sumbangan yang diberikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan sebaiknya.

 

20 Ogos 2023

Seramai tujuh pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sesi akademik 2023/2024 menerima sumbangan komputer riba dari Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA . Komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPA, hari ini. Pelajar yang menerima sumbangan ini adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan.

 

22 OKTOBER 2023

Seramai 3 orang pelajar  Diploma UniSZA sesi 2023/2024 dari 3 buah fakulti yang berlainan iaitu Fakulti  Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Informatik dan Komputeran dan Fakulti Perubatan telah menerima bantuan komputer riba sumbangan zakat Bank Simpanan Nasional. Penyerahan komputer riba ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi, Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional bersama YBhg. Prof Dato' Dr Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA.  Turut hadir dalam majlis ini ialah 2 orang Pegawai Bank Simpanan Nasional iaitu Puan Rusaimah binti Omar dan Encik Haslam bin Hashim, YBrs. Dr Ahmad Faizol bin Ismail, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan juga beberapa orang ahli Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA. Majlis ini bertempat di Bilik Tetamu, Pejabat Naib Canselor.

Semoga dengan bantuan yang diberikan kepada pelajar terpilih ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Hubungi Kami

Pejabat Wakaf dan Endowmen
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8957
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi