Agihan 2023
14 Mei 2023
Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar UniSZA, bertempat di Atrium Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak. Seramai 47 orang pelajar dari 9 fakulti di UniSZA telah terpilih untuk menerima komputer riba jenama LENOVO melalui sumbangan zakat Etiqa Family Takaful Berhad. Penyerahan komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa merangkap Dato' Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dr. Mohamad Sabri bin Haron dan Pengarah Agensi Wilayah Pantai Timur, Puan Salina binti Baharudin. Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Ts. Dr. Shahrul Anuwar bin Mohamed Yusof, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen, Dr. Ahmad Faizol bin Ismail dan Pengurus Pembangunan Agensi Cawangan Kuala Terengganu, Encik Zaidi bin Mohd Isa.
23 Julai 2023
Majlis Penyerahan komputer riba daripada Celcom dan sumbangan wakalah zakat PTPTN kepada pelajar asnaf diadakan bersempena Majlis Perasmian Karnival Semarak Siswa Madani UniSZA. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Yusoff bin Muhamad dan Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Bendahari, Encik Suhaili bin Mohd, Pendaftar, Encik Muzafar bin Mohd Din, Penasihat Undang-Undang, Encik Mohd Fuad bin Husaini, Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany.
Semoga sumbangan yang diberikan kepada pelajar dapat dimanfaatkan sebaiknya.
20 Ogos 2023
Seramai tujuh pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sesi akademik 2023/2024 menerima sumbangan komputer riba dari Pejabat Wakaf & Endowmen UniSZA . Komputer riba telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPA, hari ini. Pelajar yang menerima sumbangan ini adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan.
22 OKTOBER 2023
Seramai 3 orang pelajar Diploma UniSZA sesi 2023/2024 dari 3 buah fakulti yang berlainan iaitu Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Informatik dan Komputeran dan Fakulti Perubatan telah menerima bantuan komputer riba sumbangan zakat Bank Simpanan Nasional. Penyerahan komputer riba ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi, Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional bersama YBhg. Prof Dato' Dr Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA. Turut hadir dalam majlis ini ialah 2 orang Pegawai Bank Simpanan Nasional iaitu Puan Rusaimah binti Omar dan Encik Haslam bin Hashim, YBrs. Dr Ahmad Faizol bin Ismail, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan juga beberapa orang ahli Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA. Majlis ini bertempat di Bilik Tetamu, Pejabat Naib Canselor.
Semoga dengan bantuan yang diberikan kepada pelajar terpilih ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.