PENGENALAN

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA telah meluluskan cadangan Penubuhan dan Pengurusan Wakaf dan Infaq UniSZA dalam mesyuarat LPU Khas Bil.2 / 2016 pada 20 Julai 2016. Kelulusan ini telah dipanjangkan ke Kawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam mesyuarat JKPU Bil.16/2016 pada 31 Julai 2016 untuk menubuhkan Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA.

Bagi menguruskan segala hal ehwal berkaitan wakaf dan infaq di UniSZA, Pejabat Wakaf dan Infaq telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah struktur Canselori, Pejabat Wakaf dan Infaq merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diketuai oleh seorang Pengarah.

Antara fungsi pejabat ini adalah memperolehi sumber-sumber dana wakaf dan infaq, mengurus dana wakaf dan infaq, mengikut garis panduan dan peraturan, menyediakan laporan kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan pengurusan dana wakaf dan infaq.

Pada 16 Januari 2019, nama pejabat ini telah ditukarkan kepada Pejabat Wakaf dan Endowment kerana sesuai dengan peranannya yang menyeluruh menguruskan wakaf, infaq, zakat dan endownmen.