INFAQ
Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga
Matan Hadith:
ุนููู ุซูููุจูุงูู ููุงูู:ย ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู:ย ุฃูููุถููู ุฏููููุงุฑู ูููููููููู ุงูุฑููุฌููู ุฏููููุงุฑู ูููููููููู ุนูููู ุนูููุงูููู ููุฏููููุงุฑู ูููููููููู ุงูุฑููุฌููู ุนูููู ุฏูุงุจููุชููู ููู ุณูุจูููู ุงูููููู ููุฏููููุงุฑู ูููููููููู ุนูููู ุฃูุตูุญูุงุจููู ููู ุณูุจูููู ุงูููููู.
]ุงูุชุฎุฑูุฌ: ุตุญูุญ ู ุณูู ุ ูุชุงุจ ุงูุฒูุงุฉ ุุจุงุจ ูุถู ุงููููุฉ ุนูู ุงูุนูุงู ูุงูู ู ููู ูุฅุซู ู ู ุถูุนูู ุฃู ุญุจุณ ูููุชูู ุนููู ุุญุฏูุซ ุฑูู ูฉูฉูคุ ุนู ุซูุจุงู ุฑุถู ุงููู ุนูู[
- Nafkah menurut istilah adalah perbelanjaan atau sara hidup yang dikeluarkan oleh seseorang kepada mereka yang di bawah tanggungjawabnya, bertujuan untuk membiayai kelengkapan dan hajat yang menjadi keperluan asas kehidupan seperti pendidikan, makanan, ibadah, tempat tinggal, ubat-ubatan, penjagaan anak-anak dan sebagainya.
- Tanggungjawab memberi nafkah terletak ke atas ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Antara kewajipan pemberian nafkah adalah menjaga kebajikan isteri dan anak walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri. Bahkan jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada dalam iddah dan nafkah menguruskan anak.
- Seseorang Muslim mendapat pahala yang lebih besar apabila memberi nafkah kepada ahli keluarganya berbanding dengan membelanjakan hartanya kepada orang lain. Justeru itu, setiap suami atau bapa hendaklah memberikan komitmen dan bijak melaksanakan tanggungjawabnya kerana nafkah tidak bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Keutamaan nafkah adalah untuk memastikan kebajikan dan keselesaan setiap ahli keluarga bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Allah SWT tidak pernah menyulitkan hamba-Nya bahkan sentiasa memberi kemudahan buatnya.
- Kitab Sahih Muslim
- Kitab Jami’e at-Tirmizi
- Kitab Sunan Ibn Majah
- Kitab Musnad Ahmad
- Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi
- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jamiโ at-Tirmizi Li al-Mubarakfuri
- Kitab Faidh Al-Qadir Li Al- Manawi
- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh โAli al-Qari