3dsolo Sumbangan kepada UniSZA

Sumbangan anda pemangkin kejayaan UniSZA

Sokongan daripada para alumni dan rakan-rakan seperti anda sangat membantu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyediakan kemudahan serta prasarana yang kondusif kepada para mahasiswa UniSZA serta penting bagi menyokong kelestarian kecemerlangan universiti dan seluruh warga UniSZA.

Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar, sumbangan yang dibuat sangat bermakna. Anda boleh menyumbang secara atas talian bermula daripada RM 5.00 melalui platform ini.

Anda adalah sebahagian daripada UniSZA. Inilah Varsiti Kita!
 
 danainfaq1 danawakafrumahilmu1  danawakafperalanmasjid1   danawakafrumahrehat1

Pengenalan

Mendepani cabaran semasa dalam dunia pendidikan tinggi, agenda Program Transformasi Universiti telah dilakar melalui UniTP Purple Book. Buku ini telah menggariskan keperluan bagi semua Universiti Awam (UA) untuk memberi tumpuan kepada sumber alternatif pendanaan dan penjanaan hasil khususnya melalui wakaf dan infaq. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA telah meluluskan cadangan Penubuhan dan Pengurusan Wakaf dan Infaq UniSZA dalam mesyuarat LPU Khas Bil.2/2016 pada 20 Julai 2016. Kelulusan ini telah dipanjangkan ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam mesyuarat JKPU Bil.16/2016 pada 31 Julai 2016 untuk menubuhkan Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA atau singkatannya WAQIAH.

Hubungi Kami

Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan
Pengarah
Pejabat Wakaf dan Infaq
d/a Pej. Naib Canselor, Bangunan Canselori
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Telefon : 09-6688251 / 019-9133838