Gimnasium

Pusat Sukan Dan Rekreasi HEPA mewujudkan satu bangunan khas dengan menggunakan peruntukan Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA di UniSZA Kampus Besut bagi kemudahan pelajar wanita untuk menjalankan aktiviti senaman dan latihan bebanan. Objektif untuk pembinaan kemudahan bilik senaman dan latihan bebanan wanita adalah untuk membina kemudahan sukan yang dikhaskan untuk kegunaan pelajar wanita sahaja, menyediakan kemudahan sukan yang berkonsepkan mesra Islam yang mana menitikberatkan penjagaan aurat dan pergaulan bebas diantara pelajar, mewujudkan kemudahan sukan yang baru dan menarik minat pelajar wanita yang pasif terhadap pembudayaan bersukan dan mesra OKU dan mentransformasikan pelajar wanita yang pasif kepada pelajar yang sihat dan aktif bersukan untuk menghasilkan graduan yang cerdas dan kompeten.

Gim page 0001