Struktur & Fungsi

Dari segi struktur Pejabat Wakaf dan Infaq, ia merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diketuai oleh seorang Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti sebagai orang yang diturunkan kuasa oleh Naib Canselor untuk mengurus hal ehwal wakaf dan infaq Universiti. Pejabat ini dipecahkan kepada tiga unit iaitu:-

  1. Unit Wakaf – bertanggungjawab kepada dana yang memerlukan kepada pematuhan menurut syarak. Dana ini secara governannya terletak di bawah kuasa dan tanggungjawab Lembaga Wakaf UniSZA. Perkara ini akan diperincikan dalam kertas cadangan ini.
  2. Unit Infaq dan Zakat – bertanggungjawab kepada dana yang tidak memerlukan kepada pematuhan menurut syarak berkaitan wakaf. Dana ini secara governannya terletak di bawah kuasa dan tanggungjawab Yayasan Bait Al-Sadaqah UniSZA. Perkara ini tidak akan diperincikan dalam kertas cadangan ini.
  3. Unit Perkhidmatan Korporat – bertanggungjawab kepada semua aktiviti sokongan berkaitan pengurusan dan operasi serta pemasaran wakaf dan infaq. Perkara ini tidak akan diperincikan dalam kertas cadangan ini.

Dari segi fungsi Pejabat Wakaf dan Infaq, ia bertanggungjawab dalam hal-hal seperti berikut:

  1. Memperolehi sumber-sumber dana wakaf dan infaq.
  2. Mengurus dana wakaf dan infaq mengikut garis panduan, peraturan dan mana-mana perundangan yang berkaitan.
  3. Menyediakan laporan kepada pihak-pihak yang berkaitan termasuk Pemegang Amanah, Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Universiti dan agensi lain yang berkaitan.
  4. Melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan dana wakaf dan infaq atau yang diputuskan dalam mesyuarat pemegang amanah dana.
  5. Mengurus semua mesyuarat pemegang amanah dana wakaf dan infaq.