ENDOWNMEN

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menubuhkan Endownmen pada tahun 2019. Usaha ini adalah tepat dan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang menyasarkan Universiti Awam (UA) di negara ini untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung keperluan kewangan universiti.

Antara objektif utama penubuhan Tabung Endowmen WAKAF UniSZA adalah:

  • Penajaan biasiswa kepada mahasiswa UniSZA.
  • Menjalankan penyelidikan dan penerbitan bahan saintifik.
  • Perlaksanaan program berimpak tinggi melibatkan staf dan mahasiswa UniSZA.
  • Bantuan kewangan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Pengwujudan Tabung Endowmen UniSZA adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada staf, mahasiswa, Alumni UniSZA, individu, organisasi awam dan swasta, serta syarikat korporat, di dalam dan luar negara untuk memberi sumbangan bagi memastikan Tabung Endowmen UniSZA dapat berfungsi dengan baik. Kami berharap agar tradisi kedermawan akan terus subur dan segala sumbangan anda amat kami hargai walaupun kecil atau besar.